| 
 
查看: 3857|回复: 4
 
 | 
Drama - Hadiah(中一马来文课程)
[复制链接]
 | 
 
 
 | 
 | 
 
 本帖最后由 耶稣的爱 于 14-6-2018 09:28 PM 编辑  
 
Hadiah (Aripin Said) SINOPSIS 
 
Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan. Hayati tidak dapat membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka hanya bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil daripada Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara. 
 
 
PEMIKIRAN 
Kegigihan menuntut ilmu. 
Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran asrama sekolah. 
 
PERSOALAN 
i.      Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan. 
Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di sempadan. 
 
ii.    Gigih meneruskan pelajaran.  
Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya. 
 
iii.   Berusaha untuk menyelesaikan masalah.  
Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada penghulu. 
 
PLOT 
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian. 
 
i.      Permulaan 
Contoh: Fauziah menerima sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu bahawa dia akan pulang ke kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran asrama. 
 
ii.    Perkembangan 
Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah memberitahu guru besarnya tentang masalah keluarganya. Guru besar telah berjanji akan membantunya.  Pak Mail juga memaklumkan bahawa dia telah meminta pertolongan daripada penghulu. 
 
iii.   Klimaks 
Penghulu dan wakil Kementerian Pertahanan datang ke rumah mereka untuk menyerahkan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi menghargai pengorbanan Akhbar semasa bertugas mempertahankan negara. 
 
iv.   Peleraian 
Pak Mail berjanji akan menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya. 
 
TEKNIK PENCERITAAN 
i.              Imbas Kembali 
Contoh:  Hayati sentiasa teringat akan ayahnya yang telah meninggal dunia hampir tiga bulan lamanya. 
 
ii.            Dialog 
Contoh: Perbualan antara Fauziah dan Pak Mail tentang cara untuk membayar yuran asrama Hayati. 
 
iii.           Imbas Muka 
Contoh:  Hayati ingin menatap gambar ayahnya sekiranya dia pulang ke kampung. 
 
iv.           Pemerian 
Contoh:  Pak Musa menerangkan tujuan mereka datang ke rumah Pak Mail. 
 
WATAK DAN PERWATAKAN 
Watak Utama 
Hayati 
i.              Gadis yang berusia 15 tahun.  
ii.            Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka. 
iii.           Gigih berusaha 
Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada guru besar. 
iv.           Tabah. 
Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya. 
v.            Penyayang. 
Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya apabila dia pulang ke kampung. 
vi.           Mementingkan pelajaran 
Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan pelajarannya. 
 
Watak Sampingan 
 
1.    Fauziah 
i.      Ibu kepada Hayati. 
ii.    Tabah. 
Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta. 
iii.   Penyayang. 
Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya. 
 
2.    Pak Mail 
i.      Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid. 
ii.    Tabah. 
Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka. 
iii.   Bertanggungjawab. 
Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah mereka kehilangan ayah yang tercinta. 
iv.   Penyayang. 
Contoh:  seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya. 
 
3.    Datuk Penghulu 
i.      Bertanggungjawab. 
Contoh:  seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak Mail. 
ii.    Amanah. 
Contoh:  seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail. 
 
4.    Encik Musa 
i.      Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas 
ii.    Amanah 
Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek penghargaan kepada keluarga Pak Mail di atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah air. 
 
LATAR 
Latar Masa 
i.              Pagi 
Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang dihadapi oleh keluarganya. 
ii.            Petang : 
Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail. 
 
Latar Tempat 
i.                      Rumah Pak Mail 
Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan RM 10,000. 
 
ii.                    Pejabat guru besar 
Contoh:  Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada guru besar. 
iii.                   Asrama sekolah 
Contoh:  Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah tersebut. 
 
iv.                   Perbatasan negara 
Contoh:  Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara. 
 
Latar Masyarakat 
 
i.                      Masyarakat kampung 
Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka. 
 
ii.                    Masyarakat yang berusaha gigih. 
Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati. 
 
iii.                   Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air. 
Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan. 
 
iv.                   Masyarakat yang percaya kepada Tuhan. 
Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha. 
 
GAYA BAHASA 
i.              Bahasa istana 
Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda 
 
ii.            Kata ganda 
Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga 
 
iii.           Sinkof 
Contoh: mak, tuk, nak, dah 
iv.           Simpulan bahasa 
Contoh: minta diri 
v.            Bahasa Arab 
Contoh:  assalamualaikum, waalaikumusalam. 
 
NILAI 
      i.        Nilai kasih sayang. 
Contoh:  Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid. 
 
    ii.        Nilai ketabahan 
Contoh:  Fauziah tabah menerima kematian suaminya. 
 
   iii.        Nilai kegigihan. 
Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya. 
 
   iv.        Nilai bekerjasama. 
Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail. 
 
PENGAJARAN 
      i.        Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan. 
Contoh:  Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi masalah kewangan. 
 
    ii.        Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk negara. 
Contoh:  Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara. 
 
 
   iii.        Kita hendaklah percaya kepada Tuhan 
Contoh:  Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam kesusasahan. 
 
   iv.        Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain. 
Contoh:  Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan kewangan. 
 
 
 |   
 
 
 
 |  
| 
 | 
 
 
 | 
 | 
 
| 
 | 
 | 
 
 
 
 | 
 | 
 
 
发表于 14-6-2018 07:50 PM
|
显示全部楼层
 
 
 
你好。 
 
好像是心灵驿站那里来的哦,来到我的版块了哦?呵呵。 
这里是中文论坛,要用中文发帖,谢谢。 
 
好了,加油啦。 
 
 
 |   
 
评分
- 
查看全部评分
 
 
 
 
 
 |  
| 
 | 
 
 
 | 
 | 
 
| 
 | 
 | 
 
 
 
 | 
 | 
 
 
 楼主 |
发表于 14-6-2018 09:22 PM
|
显示全部楼层
 
 
 
 |  
| 
 | 
 
 
 | 
 | 
 
| 
 | 
 | 
 
 
 
 | 
 | 
 
 
发表于 14-6-2018 09:24 PM
|
显示全部楼层
 
 
 
 
你好。 
 
是的,所以我没有直接删除啊,哈哈。 
只是这里佳礼论坛的规则就是,不能100%非中文吧。 
你就标题写《Form 1马来文,Drama-Hadiah》 
这样就算有中文了咯,不是100%非中文了咯= = 
 
再次谢谢你的分享。 
 
好了,加油啦。 
 |   
 
 
 
 |  
| 
 | 
 
 
 | 
 | 
 
| 
 | 
 | 
 
 
 
 | 
 | 
 
 
 楼主 |
发表于 14-6-2018 09:26 PM
|
显示全部楼层
 
 
 
makopl 发表于 14-6-2018 09:24 PM 
你好。 
 
是的,所以我没有直接删除啊,哈哈。 
只是这里佳礼论坛的规则就是,不能100%非中文吧。 
你就标题写《Form 1马来文,Drama-Hadiah》 
这样就算有中文了咯,不是100%非中文了咯= = 
 
再次谢谢你的分享 ...  
感恩。。 
开斋节快乐,辛苦了版主。。 
  
 |   
 
 
 
 |  
| 
 | 
 
 
 | 
 | 
 
| 
 | 
 | 
 
 
 
 
 |   | 
            本周最热论坛帖子
 
 
 
 |