|
查看: 2251|回复: 2
|
2010 KL Hopes Singles Competition
[复制链接]
|
|
|
本帖最后由 福福 于 30-4-2010 11:06 PM 编辑

PERTANDINGAN PING PONG PERSEORANGAN TUNAS HARAPAN KUALA LUMPUR KALI KE-23, 2010
1. Objektif :1.1 Untuk mencungkil bakat pemain ping pong yang berpotensi di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
1.2 Untuk mempertingkatkan taraf sukan ping pong di semua sekolah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.
2. Tarikh Pertandingan : 2.1 01 Mei 2010, Sabtu (untuk kategori umur bawah 10 tahun)
2.2 02 Mei 2010, Ahad (untuk kategori umur bawah 13 tahun)
4. Tempat : SM Chong Hwa Persendirian, Jalan St. Thomas, Batu 3½ off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur.
5. Acara : 5.1 Perseorangan Lelaki dan Perempuan umur bawah 10 tahun
(dilahir pada atau selepas 1.1.2000)
5.2 Perseorangan Lelaki dan Perempuan umur bawah 13 tahun
(dilahir pada atau selepas 1.1.1997)
6. Borang Penyertaan : Sila melayari web persatuan http://kualalumpur-tta1975.spaces.live.com/ untuk
download borang berkenaan.
7. Yuran Penyertaan : RM5.00 seorang - (perlu menjelaskan pada hari pertandingan).
8. Tarikh Tutup Penyertaan : 27 April 2010, Selasa, pada pukul 4.00 petang.
9. Hadiah : Hadiah akan diberikan kepada johan, naib-johan, dan 2 tempat ketiga.
10. Peserta yang lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan akan dianggap memberi kemenangan percuma
kepada peserta lawannya. Keputusan-keputusan pertandingan yang terdahulu tidak akan diambil kira
bagi peserta yang menarik diri.
11. Peraturan Pertandingan : tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dibawah undang-undang ini.
11.1 Pertandingan ini dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
11.2 Semua peserta perlu berdaftar nama atas perwakilan nama sekolah masing-masing.
11.3 Semua cabutan undi akan menggunakan sistem undian berkomputer.
11.4 Pertukaran pemain tidak dibenarkan selepas cabutan undi.
11.5 Semua peserta yang bertanding juga dikehendaki menjadi pengadil pertandingan.
11.6 Pertandingan ini mengikut peraturan terbaru ITTF.
11.7 Bola ping pong berwarna putih 3 bintang yang kelulusan ITTF akan digunakan.
11.8 Pemain tidak dibenarkan memakai baju-T yang berwarna putih dalam pertandingan.
11.9 Pada pusingan awal, pemain akan dibahagikan kepada kumpulan dan sistem pertandingan
liga digunakan dan akan diputuskan dengan 2 kemenangan daripada tiga(3) permainan, “best
of 3 games”. Hanya Johan dan Naib-johan dalam kumpulan akan dipilih ke pusingan kedua yang
akan bertanding secara kalah mati yang akan diputuskan dengan 3 kemenangan daripada lima
(5) permainan (best of five games).
12. Bantahan / Rayuan:
12.1 Jawatankuasa Teknik Persatuan Ping Pong Kuala Lumpur dan Referi Kejohanan akan menjadi
Juri Rayuan Pertandingan ini.
12.2 Bantahan atau rayuan hendaklah dibuat selewat-lewatnya dua(2) jam selepas tamatnya
pertandingan melalui Pengurus Pasukan dengan cara bertulis yang disertakan dengan bayaran
RM200.00 sebagai wang cagaran. Wang pertaruhan ini tidak akan dikembalikan atas bantahan /
rayuan yang tidak berjaya.
13. Perkara Khusus : Peserta-peserta yang berjaya dipilih mewakili persatuan kami mestilah menyertai
setiap kejohanan yang disertai oleh persatuan kami. Jika anda gagal berbuat demikian tanpa sebab
yang munasabah, tindakan disiplin akan diambil oleh jawatankuasa disiplin persatuan.
14. Perkara AM : Jawatankuasa pengelola berhak membuat keputusan jika ada apa-apa perkara yang tidak
disebut dalam peraturan pertandingan dan keputusan adalah muktamad. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 30-4-2010 08:41 PM
|
显示全部楼层
本帖最后由 天漫tianman 于 30-4-2010 08:43 PM 编辑
是新苗赛(KL Hopes),不是少年赛(KL Youth).已改过.还有你放错图片了.谢谢. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 30-4-2010 11:08 PM
|
显示全部楼层
是新苗赛(KL Hopes),不是少年赛(KL Youth).已改过.还有你放错图片了.谢谢.
天漫tianman 发表于 30-4-2010 08:41 PM 
對不起! 請原諒! 謝謝您! |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|