|
查看: 82|回复: 1
|
马来西亚“体面生活基本支出”(PAKW)
[复制链接]
|
|
|
Nasional
70.2 peratus pekerja formal terima gaji bawah RM5,000
Mukhriz Mat Husin
June 9, 2026 @ 8:20am
70.2 peratus pekerja formal terima gaji bawah RM5,000
- Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 70.2 peratus pekerja formal di negara ini menerima gaji RM5,000 ke bawah setakat Disember 2025, sekali gus mencerminkan cabaran kos sara hidup yang terus membelenggu sebahagian besar rakyat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata golongan itu adalah kumpulan terbesar dalam tenaga kerja formal dan mereka lebih terdedah kepada kesan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos kehidupan, terutama di kawasan bandar.
Beliau berkata, peningkatan kos sara hidup boleh menjejaskan kuasa beli isi rumah, khususnya bagi mereka yang mempunyai tanggungan dan tinggal di kawasan dengan kos kehidupan yang tinggi.
Katanya, berdasarkan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar Bulanan (PAKW), pasangan suami isteri berusia antara 18 hingga 29 tahun yang mempunyai dua orang anak berusia di antara satu hingga tiga tahun di Kuala Lumpur memerlukan kira-kira RM6,183 sebulan bagi memenuhi keperluan asas.
"Sekiranya pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000 sebulan di bandar, maka mereka mungkin berdepan kesukaran memenuhi keperluan asas dan komitmen lain, termasuk membuat simpanan kecemasan atau jangka masa panjang.
"Sebaliknya, saiz isi rumah sama di Kuala Terengganu hanya memerlukan kira-kira RM3,845 sebulan.
"Ini menunjukkan bahawa faktor geografi seperti bandar dengan luar bandar sememangnya faktor penyumbang utama terhadap kuasa beli dan tahap pendapatan boleh pengguna," katanya kepada BH semalam.
Mohd Afzanizam berkata, tahap kesiapsiagaan kewangan rakyat bukan sahaja dipengaruhi pendapatan, malah turut bergantung kepada amalan pengurusan kewangan yang berhemah.
Katanya, data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan pinjaman peribadi adalah punca utama kes kebankrapan, diikuti pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan dan hutang kad kredit.
"Ini menunjukkan bahawa pengurusan hutang tidak terkawal boleh memberi kesan besar terhadap kestabilan kewangan individu dan keluarga," katanya.
Pinjaman ah long jadi pilihan
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (USIM), Prof Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali, berkata sekitar 80 peratus rakyat di negara ini masih terperangkap dalam fenomena hidup daripada gaji ke gaji.
Katanya, golongan terbabit menggunakan sebahagian besar pendapatan bulanan bagi menampung perbelanjaan harian sehingga tidak mempunyai lebihan mencukupi untuk disimpan sebagai dana kecemasan.
"Majoriti rakyat masih berada dalam keadaan kewangan sangat terhad. Bezanya, ada yang mempunyai sedikit simpanan dan ada yang langsung tidak mempunyai simpanan," kata beliau.
Mengulas situasi segelintir individu yang terpaksa membuat pinjaman segera bagi menampung keperluan hidup, Nuradli Ridzwan Shah mengakui terdapat masyarakat mengambil pendekatan sedemikian.
"Kadangkala individu yang meminjam bukan semestinya kerana terlalu susah, tetapi mungkin kerana faktor lain seperti tidak lagi layak membuat pinjaman bank, mempunyai rekod kredit yang bermasalah atau telah disenarai hitam.
"Keadaan itu menyebabkan mereka memilih pinjaman tidak berlesen," ujarnya.
Nuradli Ridzwan Shah berkata, masyarakat tidak seharusnya memilih pinjaman tidak berlesen atau ah long sebagai jalan penyelesaian kerana ia hanya akan memburukkan lagi kedudukan kewangan mereka.
Sebaliknya, beliau menyarankan golongan layak mendapatkan bantuan daripada institusi zakat, agensi kebajikan atau ahli keluarga terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan sebarang bentuk pinjaman.
"Jika pinjaman semata-mata untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan keperluan harian, mereka perlu mendapatkan saluran bantuan yang sah dan selamat.
"Pinjaman ah long bukanlah penyelesaian kerana ia boleh menyebabkan beban hutang menjadi lebih besar dan sukar dikawal," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 9-6-2026 11:58 PM
来自手机
|
显示全部楼层
这篇报道的核心信息是:
## 马来西亚 70.2% 正式员工月薪不超过 RM5,000
截至2025年12月,马来西亚约70.2%的正式(formal)员工月薪为RM5,000或以下,反映大部分劳动人口仍面临生活成本压力。([NST Online][1])
### 重点数据
| 项目 | 数据 |
| ------------ | -------- |
| 月薪 ≤ RM5,000 | 70.2% |
| 月薪 > RM5,000 | 29.8% |
| 统计对象 | 正式部门员工 |
| 统计时间 | 2025年12月 |
([NST Online][1])
---
## 与PAKW(体面生活基本支出)的关系
根据马来西亚统计局(DOSM)公布的数据:
* 全国家庭平均PAKW约 RM4,729/月
* 城市家庭约 RM5,040/月
* 有孩子的家庭往往需要 RM6,000以上
因此:
* 单身人士月薪RM4,000~5,000,通常还能维持基本体面生活;
* 若需供房、养车、养育孩子,则RM5,000往往已相当吃紧。([NST Online][1])
---
## 为什么出现这种情况?
报道指出,虽然马来西亚经济持续增长,但工资增长速度并未完全追上:
* 房价上涨
* 租金上涨
* 食品价格上涨
* 医疗及教育开销增加
导致许多家庭即使有工作,也感觉收入增长赶不上生活成本。([NST Online][1])
---
## 与2023年相比
值得注意的是:
2023年官方数据曾显示:
* 73.3%正式员工月薪低于RM5,000
* 56%低于“体面工资”(Living Wage)
* 47%低于贫困线相关收入水平
而到2025年底,月薪低于RM5,000的比例下降到70.2%,说明情况有改善,但改善幅度有限。([astroawani.com][2])
---
## 一句话总结
**马来西亚在2025年底的现实是:约7成正式员工月薪不超过RM5,000,而这已经接近或低于许多家庭达到“体面生活”(PAKW)所需的开销水平。经济在增长,但多数打工族仍感受到明显的生活成本压力。** ([NST Online][1])
[1]: https://www.nst.com.my/amp/news/nation/2026/06/1458785/70pct-malaysian-workers-earn-rm5000-and-below?utm_source=chatgpt.com "70pct of Malaysian workers earn RM5,000 and below"
[2]: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/733-peratus-pekerja-formal-terima-gaji-kurang-rm5000-47-peratus-bawah-garis-kemiskinan-448201?utm_source=chatgpt.com "73.3 peratus pekerja formal terima gaji kurang RM5,000 ..."
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|