本帖最后由 loongken 于 29-3-2020 01:01 PM 编辑
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/232939?fbclid=IwAR1oFIH64iO9-NkSzDOkaUBEoDd7hZ86Whqq8JbNAdKjMcZzO4OOUr2oD1c
3 jenis ubat boleh guna rawat Covid-19
Dikemas kini 4 jam yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2020 7:43AM · 0 Komen
KKM akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan terjamin demi kepentingan pesakit. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2020.
BEKALAN ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Beliau berkata bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan Covid-19. “Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal ‘Multicenter Adaptive Solidarity trial - Covid-19’ yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.
“NPRA akan menyediakan laluan ‘expedited review’ untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi. Noor Hisham berkata dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas ketua pengarah Kesihatan KKM. KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan adalah terjamin demi kepentingan pesakit, katanya. – Bernama, 29 Mac, 2020.
保证质量安全 卫生总监:大马已有3种药物可治疗即时新闻
March 29, 2020 Wargremon
终于有新的药物治疗了! 根据网媒《透视大马》报道,卫生部总监诺希山昨天在其面子书上透露,大马目前已有3种药物均已向卫生部药品控制执法组注册。
他说,大马目前已有3种药物,这3种药物分别是: ——氯喹(Chloroquine)、
——羟氯喹(Hydroxychloroquine) ——及洛匹那韦-利托那韦(lopinavir-ritonavir) 他指出,这3种组合的药物可用于治疗新冠肺炎。
诺希山指出,卫生部将会保证药物的质量、安全及效用。 他说,卫生部目前正简化处理有关引进治疗新冠肺炎的药物——法匹拉韦(Favipiravir)及瑞德西韦(Remdesivir)。 “瑞德西韦方面,马来西亚被世界卫生组织遴选,参与有关的药物临床研究。” “大马药剂监管局将会加速审查,以尽快引入这个临床研究药物到我国。”
“至于法匹拉韦,卫生部正在寻找有关药物供应商。” Post Views: 23,190
|