ADTEC Shah Alam DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK KUASA
PENGENALAN KURSUS
Kursus ini bertujuan memberi latihan dalam bidang teknologi elektrik dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik.
KELAYAKAN MASUK
i) Calon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.
ii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia-Vokasional (SPMV) dan lulus Bahasa Melayu dan Sejarah
iii) Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berikut:
- C-051-3/C-050-3 : Juruteknik Elektrik Kanan
- EE-320-3:2012 : Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik - Tiga Fasa
iv) Lulus temuduga yang dijalankan
v) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.
TEMPOH LATIHAN
2 tahun
PERSIJILAN
Diploma Teknologi Perindustrian dan Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4)
PELUANG KERJAYA:
Pembantu Jurutera Elektrik, Penyelia Jentera Elektrik Voltan Tinggi dan Rendah ,Penyelia Penyelenggaraan Elektrik dan Bangunan atau Usahawan Bidang Elektrikal.
PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).
http://www.adtecsa.gov.my/index. ... logi-elektrik-kuasa
|