本地的制造业都没有萎缩,还不能断定是本地的制造业撑起这个价。。。
bujua 发表于 21-3-2011 09:51 PM 
你要看屋价什么时候被撑起的,是2009年开始对吗?
ARKIB : 22/09/2009
Nilai jualan pembuatan Julai berkembangKUALA LUMPUR 21 Sept. - Nilai jualan sektor pembuatan pada Julai tahun ini mencatatkan pertumbuhan bulan ke bulan 7.0 peratus atau RM2.77 bilion kepada RM42.2 bilion.
Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, nilai jualan itu bagaimana pun merosot 22.4 peratus atau RM12.2 bilion tahun ke tahun berbanding dengan RM54.4 bilion yang dicatatkan pada Julai 2008.
Nilai jualan pada Jun tahun ini dikemaskini kepada negatif 25.3 peratus tahun ke tahun, kepada RM39.4 bilion.Kenaikan nilai jualan bulan ke bulan pada bulan semasa berbanding dengan bulan sebelum itu dijana oleh pertumbuhan 77 industri (66.4 peratus) daripada 116 industri yang diliputi di dalam kajian itu. Nilai jualan lima industri utama yang meningkat ialah pembuatan komputer dan peranti komputer (17.3 peratus), pembuatan produk petroleum ditapis (6.5 peratus), pembuatan peranti separa konduktor (8.4 peratus), pembuatan plastik di dalam bentuk utama dan getah tiruan (15.9 peratus) serta pembuatan penerima televisyen dan radio, rakaman semula dan barangan berkaitan (5.4 peratus). Penurunan nilai jualan pada bulan semasa berbanding dengan bulan yang sama sebelum itu adalah berikutan kejatuhan nilai jualan 79 industri (68.1 peratus)daripada 116 industri yang dikaji. Lima industri utama yang mengalami kemerosotan ketara nilai jualan ialah pembuatan produk petroleum ditapis (25.3 peratus), pembuatan komputer dan peranti komputer (36.7 peratus), pembuatan besi asas dan produk keluli (55.8 peratus), pembuatan kimia perindustrian asas lain kecuali baja dan sebatian nitrojen (30.2 peratus) berserta pembuatan pemancar televisyen dan radio dan peralatan telefon dan talian telegraf (46.2 peratus). Jumlah pekerja bergaji bagi sektor pembuatan pada Julai ialah 934,688, satu kenaikan 1,897 orang atau 0.2 peratus, berbanding dengan bulan sebelum itu.
Tahun ke tahun, bilangan pekerja pula mencatatkan penurunan 74,478 orang atau 7.4 peratus berbanding dengan 1,009,166 orang pada Julai 2008. - Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm |