回复 814# 哭包雅雅
哦。。照EPF的说明, PENGELUARAN MEMBELI RUMAH必须是PEMBELI DAN PEMINJAM才能申请。。
Pengeluaran Membeli Rumah
* Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu; ATAU pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak).
* Pembelian sebuah rumah dengan individu lain yang tiada pertalian keluarga dibenarkan dengan syarat individu tersebut merupakan pembeli dan peminjam.
* Pengeluaran ini membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, individu lain atau lelongan awam.
* Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
若是减少房贷,就可以帮助伴侣
Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP seperti berikut: - Pembelian secara individu; ATAU
- Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian keluarga; ATAU
- Membantu suami/isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami/isteri
Pengeluaran untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman untuk rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
是有分别的。 |