Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas 1 tahun menyimpan.
Terdapat 2 jenis pengeluaran iaitu:-
i. Pengeluaran sekali setahun pada kadar 10% daripada baki akaun
atau RM500 mengikut mana yang terendah; atau
ii. Pengeluaran 100% atau penutupan akaun SSPN sekiranya penerima manfaat memenuhi salah
satu daripada kriteria berikut:-
a. Diterima masuk ke IPT ;
b. Terkeluar daripada sistem pendidikan secara sukarela atau diberhentikan atas sebab-sebab
tertentu;
c. Sakit berterusan yang tiada peluang untuk sembuh dengan pengesahan doktor perubatan
Kerajaan;
d. Keilatan kekal dengan pengesahan doktor perubatan
Kerajaan;
e. Kematian penerima manfaat; atau
f. Kematian pendeposit.