Lebih 261,000 orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2% bagi banjaran pendapatan bercukai dari RM20,000 sehingga RM70,000.
Katanya, penurunan ini akan dinikmati golongan berpendapatan rendah iaitu M40 atau isi rumah yang berpendapatan di bawah RM9,000 ke bawah.
Kadar cukai untuk banjaran pendapatan bercukai RM20,001-RM35,000 kini turun daripada 5% kepada 3%, dan RM35,001-RM50,000 pula turun kepada 8%.
Bagi banjaran pendapatan bercukai dalam lingkungan RM50,001-RM70,000, kadar cukai diturunkan daripada 16% kepada 14%.