Correction00 发表于 5-12-2011 06:22 AM 
4. SYARAT SKIM PERKHIDMATAN 4.1 Warganegara malaysia 4.2 Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh
tutup iklan. 4.3 Kelayakan: 4.3.1 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktraf setaraf
oleh kerajaan; dan
4.3.2 Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 4.3.3 Bagi pepriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem
terbuka mestilah mendapat kepujian di dalam 2 mata pelajaran
termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam 4 mata pelajaran lain
dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga
tahun berturut-turut. 5. Pegawai rendah polis yang sedang berkhidmat sebagai konstabel sokongan
boleh juga memohon. Sila rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk
makluman lanjut. 6. TARAF JAWATAN
Taraf jawatan adalah TETAP 7. KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera
seperti berikut:- 7.1 Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi
calon wanita tanpa bersepatu; 7.2 Berat badan sekurang-kurangnya 50kg calon lelaki dan 48kg bagi
calon wanita 7.3 Ukuran lilitan dada biasa 81 cm dan 86cm semasa menarik nafas
(lelaki sahaja) 7.4 Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata / sebarang
alat bantuan; 7.5 Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN; 7.6 Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan
X-Ray. 8. PENAKLUKAN DI BAWAH
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN Anggota yang memasuki perkhidmatan Pegawai Polis Rendah dan Konstabel
adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang
sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa
ke semasa. |