|
|
发表于 22-11-2009 05:26 PM
|
显示全部楼层
Kien Keat-Boon Heong di final Terbuka China
KUALA LUMPUR - Beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mara ke perlawanan akhir ketiga dalam tempoh kurang sebulan apabila mengalahkan beregu Taiwan di separuh akhir badminton Siri Super Terbuka China, semalam.
Kien Keat-Boon Heong mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan pasangan Chen Hong Ling-Lin Yu Lang 21-15, 21-13 dalam masa 26 minit pada kejohanan yang berlangsung di Shanghai, China.
Aksi final hari ini merupakan perlawanan akhir ketiga dalam tempoh kurang sebulan buat pasangan juara Seluruh England 2007 itu selepas Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis hujung bulan lalu.
Namun, kejayaan Kien Keat-Boon Heong gagal dituruti oleh beregu wanita, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty.
Beregu wanita negara itu tewas kepada beregu tuan rumah, Tian Qing-Zhang Yawen 17-21 dan 8-12.
Kekalahan beregu wanita nombor empat dunia ini menambah duka kem Malaysia, yang sebelum ini menyaksikan pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tersingkir di pusingan pertama.
Kelmarin, pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo menamatkan saingan di peringkat suku akhir apabila tunduk kepada pemain tuan rumah, Wang Shixian walaupun sebelum itu mengejutkan pilihan pertama kejohanan, Wang Yihan di pusingan kedua.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=su_02.htm |
|