我是在2013年注册Pr1ma屋子,投票前我也没有被选中,觉得灰心意冷所以自己跑去买了屋子,直到现在2016了...突然之间被选中了 不懂是不是很多借不到loan现在乱乱放出来卖 如果是你还会不会去买?
PR1MA @ Alam Damai, Kuala Lumpur (Bandar Tun Razak - Sungai Besi)
http://www.pr1ma.my/pr1ma_proper ... ang=bm#.V0-NAfl96M9
Tuan/Puan, JEMPUTAN PEMBELIAN RUMAH PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA (PR1MA) LOKASI PROJEK : PR1MA @ ALAM DAMAI JENIS KEDIAMAN : APARTMENT
Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan Tuan/Puan untuk memiliki unit kediaman PR1MA telah BERJAYA! Sehubungan itu, kami ingin menjemput Tuan/Puan hadir untuk pemilihan unit seperti yang dinyatakan di bawah: Tarikh : 11.06.2016 (Sabtu) Pendaftaran : 9.00 pagi - 10.00 pagi Masa Pemilihan Unit : 9.00 pagi - 1.00 petang Tempat : Auditorium, Ground Floor, Perbadanan PR1MA Malaysia, Blok F, No. 2, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Oasis Damansara, 47301, Petaling Jaya, Selangor Sila ambil maklum bahawa pemilihan unit kediaman akan dijalankan pada tarikh dan masa seperti yang tertera di atas. Ketetapan masa ini adalah berdasarkan kepada turutan cabutan undi Tuan/Puan pada 31/05/2016. Pemilihan unit PR1MA akan dijalankan mengikut ‘’first come, first serve basis’’. Adalah disarankan agar Tuan/Puan hadir bersama dokumen-dokumen asal dan salinan seperti di bawah bagi memastikan urusan pembiayaan perumahan berjalan dengan lancar. 1. Surat Jemputan Pembelian Rumah PR1MA 2. MyKad pembeli & pembeli bersama (jika ada), (2 salinan) 3. Slip gaji 3 bulan terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada) 4. Penyata Caruman EPF terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada) 5. Borang EA/Borang J terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada) 6. Penyata akaun bank terkini pembeli & pembeli bersama (jika ada) 7. Sijil Perniagaan bersama borang 24, 49 dan penyata bank untuk 6 bulan terkini (bagi perniagaan sendiri) 8. Surat Wakil - jika tidak dapat hadir (surat jemputan, Salinan Mykad pembeli dan Mykad wakil) Untuk makluman, Tuan/Puan wajib mendiami kediaman PR1MA tersebut dan moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana kediaman PR1MA tersebut tidak boleh disewa, dijual atau dipindahmilik. Sebarang ketidakhadiran atau kelewatan Tuan/Puan pada hari tersebut boleh menyebabkan tawaran ini TERBATAL. Untuk sebarang penolakan tawaran atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami ditalian 03-7962 4374 (Isnin – Jumaat 9.00 pagi – 6.00 petang / Sabtu 9.00 pagi – 1.00 petang) atau emel kami di homes.adamai@pr1ma.my
|