查看: 1184|回复: 0
|
WASPADA SINDIKET KUTIPAN CUKAI PALSU
[复制链接]
|
|
http://www.ctim.org.my/cms/file/news/14/00943_IRB%20Media%20Release%20(060412)%20-%20Beware%20of%20Syndicate%20Collecting%20False%20Tax.pdf
Cyberjaya, 6 April - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai agar lebih berwaspada dengan sindiket kutipan cukai pendapatan palsu yang sedang bergiat aktif sekarang ini.
Sehingga kini LHDNM telah menerima 2 aduan yang masing-masing 1 di Seremban, Negeri Sembilan dan 1 di Kota Bharu, Kelantan. Sindiket tersebut dipercayai aktif bergerak melalui penyamaran sebagai pegawai LHDNM serta membuat panggilan telefon kepada pembayar cukai dan mendakwa pembayar cukai mempunyai sejumlah cukai yang tertunggak dengan LHDNM. Seterusnya pembayar cukai dikehendaki untuk menyediakan wang tersebut untuk dikutip keesokan harinya di premis mereka (pembayar cukai). Bagi meyakinkan pembayar cukai, anggota sindiket tersebut memaklumkan bahawa arahan tersebut dikeluarkan oleh LHDNM Kuala Lumpur dan potongan diskaun sebanyak 50% turut ditawarkan sekiranya pembayar cukai dapat menyediakan bayaran pada waktu yang ditetapkan.
Justeru, LHDNM memandang serius perkara ini dan satu laporan polis telah dilakukan agar pihak berkuasa boleh melakukan siasatan lanjut. LHDNM juga ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia khususnya pembayar cukai agar lebih berwaspada sekiranya ada menerima sebarang panggilan, e-mel, surat mahupun sistem pesanan ringkas (sms) daripada pihak yang mendakwa dirinya pegawai LHDNM. Mohon kerjasama pembayar cukai untuk membuat pengesahan terlebih dahulu dengan pihak LHDNM agar mereka tidak tertipu dan mengalami kerugian. Selain itu, LHDNM juga ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah menjalankan operasi mengutip wang cukai di premis pembayar cukai. Sebarang bayaran cukai boleh dilakukan atas nama KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI di Kaunter Bayaran LHDNM, Kaunter bank-bank terpilih serta secara dalam talian (online).
|
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|