本帖最后由 penangbjboy 于 21-2-2010 08:42 AM 编辑
UMNO shoot 玩了Maulidur Rasul 不成功,shoot 玩了roboh gerai 不成功,shoot 玩了pinggir melayu 不成功,现在来 shoot LGE 说不让人们上他的办公室!
人家的办公室就好像父母的卧房!那里可以随便让人家进去的!
Ruang pejabat KM P. Pinang dilarang masuk?

| [size=78%]REEZAL Merican Naina Merican menunjukkan salinan memo yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan larangan memasuki ruang Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Komtar, semasa sidang media di Kepala Batas, semalam.
| KEPALA BATAS 19 Feb. - Semakin lama memerintah, belang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakin terserlah.
Terbaru, para pelawat dan pegawai kerajaan dilarang memasuki ruang pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang.
Arahan itu dikatakan terkandung dalam satu pekeliling yang bertarikh 28 Januari 2010 dan dikeluarkan atas arahan Guan Eng.
Sehubungan itu, mereka yang ingin berurusan dengan pegawai atau kakitangan pejabat itu hanya dibenarkan berjumpa di ruang lobi pejabat Ketua Menteri.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, larangan itu membuktikan Guan Eng adalah seorang pemimpin yang bersifat kepura-puraan, hipokrit dan sentiasa bersandiwara dengan rakyat.
"Saya merasakan tindakan ini juga menunjukkan bahawa beliau seorang yang bacul dan takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga menyukarkan urusan di pejabat Ketua Menteri.
" astinya ia tidak selari dengan slogan yang dilaungkan beliau yang menjalankan pemerintahan menurut prinsip CAT atau cekap, akauntabiliti dan telus itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. |