|
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui pelantikan bekas hakim, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker Dewan Rakyat baru bertentangan manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14.
Pengerusi PH itu berkata, manifesto bukannya kitab suci yang boleh dilaksanakan sepenuhnya. “Saya ingatkan manifesto bukan Bible, ia hanyalah panduan. “Kadang-kadang kita boleh melakukan sesuatu, kadangkala kita dapati ia tidak boleh dilakukan. Jadi, kita perlu praktikal, tetapi orang ramai suka seseorang yang tiada kaitan dengan parti,” katanya di lobi Parlimen.
|