转载的
Zeti知情不报! Berdasarkan maklumat yg di catit dalam “kertas siasatan terhadap DS Najib Razak” seperti mana diterbitkan dalam blog The Third Force, adalah di maklumkan bahawa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz selaku Gabenor BNM pada waktu itu telah terlibat secara langsung semasa transaksi membawa masuk wang derma dari Arab Saudi dilakukan. Menurut kertas siasatan tersebut, TS Zeti telah pun diberitahu oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak tentang “gift” berbentuk derma yang bakal diterimanya dari Putera Saudi. Bukti yang dipaparkan blog The Third Force jelas menunjukkan bahawa Zeti-lah yang mencadangkan agar wang tersebut dimasukkan kedalam akaun Dato’ Sri Najib. Berdasarkan perkembangan Ini, sudah tentu TS Zeti selaku Gabenor Bank Negara ketika itu tahu identiti penderma. Persoalannya
1. Kenapa TSZ tidak membuat kenyataan kepada SPRM berkaitan identiti penderma?. 2.Kenapa TSZ tidak membantu SPRM mendapatkan rekod transaksi dari AMBANK?. 3. Kenapa TSZ hanya berdiam diri, seolah-olah beliau tidak tahu menahu perihal perkara tersebut?. TSZ harus menjelaskan bahawa transaksi tersebut tidak boleh disabitkan sebagai “money laundering” kerana ianya mengikuti prodesur kemasukan wang asing yang dibenarkan oleh BNM. Sudah menjadi tanggungjawab TSZ menjawab soalan-soalan ini memandangkan bukti-bukti yang dipaparkan oleh The Third Force kian tular di media sosial, whatsapp dan wechat. Kenyataan Media
Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Presiden Pemantau Malaysia Baru
5hb Mei, 2018
|