本帖最后由 罗马军团 于 2-6-2018 12:18 PM 编辑
卡尔申阿都拉母后,原名卓瑟琳,出生1935年,1956嫁给老苏丹伊斯干达,生下4子,包括现任苏丹伊布拉欣。
由于老苏丹伊斯干达1961再娶新王妃,卡尔申阿都拉隔年1962和老苏丹离婚。
离婚后,卡尔申阿都拉立即搬回英国。直到2010年,老苏丹伊斯干达去世,卡尔申阿都拉隔了48年后再回来访望先王陵墓。
昨天,卡尔申阿都拉母后病逝,享年82岁。
诸位网友的疑问,原文提供一切的答案了。
Dilahirkan sebagai Josephine Ruby Trevorrow atau Josephine Trevorrow pada 2 Disember 1935 di Cornwall, England. Beliau merupakan seorang rakyat Britain, Etnik Torquay. Ayah beliau adalah Encik Reginald Terverrow, seorang pengeluar tekstil di Cornwall.
Beliau merupakan isteri pertama kepada Almarhum DYMM Sultan Iskandar. Enche Besar Khalsom mengenali Sultan Iskandar ketika Almarhum melanjutkan pelajaran di England. Beliau akhirnya memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar pada 5 Januari 1956. Istiadat perkahwinan beliau diadakan di Istana Bukit Stulang Johor Bahru. Beliau menukar namanya kepada Khalsom Binti Abdullah.
Jodoh pasangan ini tidak panjang. Setelah 6 tahun berkahwinan mereka bercerai pada 9 Jun 1962 di Johor Bahru. Setelah bercerai, beliau terus pulang ke England dan menetap di sana. Enche Besar Khalsom sempat bermadu dengan YAM Tunku Puan Zanariah selama setahun setelah Sultan Iskandar mengahwini Tunku Puan Zanariah pada tahun 1961.
Enche Besar Khalsom melahirkan seorang putera dan 3 orang puteri untuk Sultan Iskandar. Satu-satunya putera beliau iaitu DYMM Sultan Ibrahim menaiki takhta Johor setelah kemangkatan Sultan Iskandar pada tahun 2010.
Setelah 48 tahun meninggalkan Malaysia,akhirnya Enche Besar Khalsom telah kembali ke Malaysia untuk menziarahi Makam Almarhum Sultan Iskandar yang mangkat tahun 2010.
|