3
RUSLAN KHALID[size=0.75]22 Mei 2017 11:40 PM
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]
KUALA LUMPUR 22 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 11 pegawai kanannya berkuatkuasa 22 Jun ini.
Mendahului senarai ialah Komander Unit Tindak Khas (UTK), Pasukan Gerakan Khas Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali yang ditukarkan sebagai Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.
<iframe frameborder="0" src="http://tpc.googlesyndication.com/safeframe/1-0-10/html/container.html" id="google_ads_iframe_/30337491/UO-REC4-InArticle_0" title="3rd party ad content" name="1-0-10;13931;[img=1,1][/img]
[img][/img]
{"uid":2,"hostPeerName":"http://m.utusan.com.my","initialGeometry":"{\"windowCoords_t\":0,\"windowCoords_r\":1280,\"windowCoords_b\":728,\"windowCoords_l\":0,\"frameCoords_t\":998.53125,\"frameCoords_r\":861.5,\"frameCoords_b\":1248.53125,\"frameCoords_l\":561.5,\"styleZIndex\":\"auto\",\"allowedExpansion_t\":348.53125,\"allowedExpansion_r\":401.5,\"allowedExpansion_b\":39.46875,\"allowedExpansion_l\":561.5,\"xInView\":1,\"yInView\":1}","permissions":"{\"expandByOverlay\":false,\"expandByPush\":false,\"readCookie\":false,\"writeCookie\":false}","metadata":"{\"shared\":{\"sf_ver\":\"1-0-10\",\"ck_on\":1,\"flash_ver\":\"0\"}}","reportCreativeGeometry":false,"isDifferentSourceWindow":false,"goog_safeframe_hlt":{}}" scrolling="no" marginwidth="0" marginheight="0" width="300" height="250" data-is-safeframe="true" style="max-width: 100%; border-width: 0px; border-style: initial; vertical-align: bottom;">
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datin Asmawati Ahmad berkata, turut terlibat ialah SAC Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Mastor Ariff yang menggantikan jawatan Hazani.
Menurutnya, Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner (ACP) Sharul Othman Mansor pula dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
“ACP Sulaiman Salleh yang menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dengan memangku pangkat SAC.
“Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman, ACP Ruslan Khalid ditukarkan sebagai Ketua Polis Daerah Brickfield yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Asmawati memberitahu, Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am, Bridged Sarawak, ACP Zulkifli Jonit pula akan ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas Pengurusan Saman, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.
Ujarnya, Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Arjunaiti Abdullah pula ditukarkan kepada Penolong Pengarah Latihan (Urustadbir/Latihan) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
“Superintenden Urus Tadbir, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, Sarawak, Mohamad Taha Baba pula ditukarkan sebagai Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am Briged Sarawak, dengan memangku pangkat ACP.
“Superintenden Pengajian Siasatan Jenayah Komersial, Pusat Pengajian Sains Penyiasatan Dan Pendakwaan Maktab PDRM, Kuala Lumpur, Superintenden Chuah Yong Huat dinaikkan pangkat Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP,” ujarnya.
Tambah Asmawati, turut terlibat dalam rombakan ialah Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan, Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Kontinjen Perak, Superintenden Shahurinain Jais yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan dengan memangku pangkat ACP.
Selain itu, turut tersenarai dalam pertukaran ini ialah Pegawai Turus Kesejahteraan, Organisasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Superintenden Ghazali Daud yang masih memegang jawatan sama dengan memangku pangkat sebagai ACP. - UTUSAN ONLINE