Bagaimana untuk saya mendaftar i-Akaun?
Untuk Ahli,anda boleh ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP atau hubungi Pusat PengurusanPerhubungan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad. Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada ‘Login Kei-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun' untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.
Untuk Majikan, wakil syarikat yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak syarikat boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i).
Setelah mendapat Kod Pengaktifan, layari laman web KWSP dan klik pada Login ke i-Akaun(Majikan) >> Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.