Ayah saya adalah salah seorang daripada 400,000 rakyat Malaysia yang merentasi Tambak Johor saban hari demi mencari rezeki. Ketika rakyat Malaysia kebanyakannya hanya menempuh trafik satu dua jam, mereka yang bekerja di Singapura ini terpaksa bangun seawal 4 pagi pagi, hanya tiba ke rumah semula pada 10 malam. Sampai-sampai, anak isteri pun sudah tidur.
Sebagai seorang anak, sudah tentu saya lebih suka jika Ayah bekerja di Malaysia. Kami sekeluarga dapat meluangkan lebih masa... bersama-sama.
Kerajaan Johor sering kali mendabik dada yang kononnya ‘negeri Johor ini makmur, dan rakyatnya sejahtera’. Saya mahu lihat kerajaan Johor berani atau tidak menyatakan perkara yang sama di depan-depan 400,000 rakyat Johor ini.
Kami faham derita rakyat, dan kami sendiri turut mengalaminya. Pakatan Harapan sebagai kerajaan baharu sudah pun merangka penyelesaian kepada masalah gaji yang terlalu rendah, peluang pekerjaan yang terhad, kos sara hidup yang tinggi dan harga rumah yang melambung.
Kita sudah bersedia dan kini hanya menunggu masa dan mandat Rakyat sahaja untuk melaksanakannya.