佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

123
返回列表 发新帖
楼主: selinechong85

分享分享 : 报税者需知!!!

  [复制链接]
发表于 30-4-2012 01:19 PM | 显示全部楼层
我去到e-filling出现这段文字~请问可以setuju吗??           




TERMA DAN SYARAT UNTUK PENDAFTARAN SIJIL DIGITAL

Saya dengan ini bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi saya yang benar, tepat, terkini
dan lengkap seperti yang diperlukan di dalam borang pendaftaran sijil digital (selepas ini dirujuk
sebagai “Sijil”) dan membenarkan DIGICERT SDN BHD (selepas ini dirujuk sebagai “DIGICERT”)
untuk menentusahkan maklumat tersebut daripada sumber rujukan yang dianggap sesuai
dengan fahaman bahawa DIGICERT adalah terikat dengan Akta Tandatangan Digital, 1997 dan
Peraturan Tandatangan Digital, 1998 untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut kecuali
seperti dikehendaki oleh pihak berkuasa atau di sisi undang-undang yang berkaitan.
TERMA DAN SYARAT
Saya telah membaca dengan teliti terma dan syarat seperti yang berikut sebelum memohon,
menerima atau menggunakan Sijil. Jika saya tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini, saya
tidak akan memohon, menerima dan menggunakan Sijil tersebut.
Dengan bersetuju terhadap terma dan syarat ini, saya selanjutnya bersetuju untuk mengikat
perjanjian dengan DIGICERT SDN BHD (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Pelanggan”)
dengan merepresentasikan bahawa saya mempunyai kuasa nyata untuk memohon dan
menerima Perjanjian Pelanggan mewakili (i) diri saya sendiri (“Pelanggan”) atau (ii) sebagai ejen
cukai (seperti dijelaskan di dalam Akta Cukai Pendapatan, 1967) untuk mewakili Pelanggan, di
mana Pelanggan telah memberikan kuasa nyata untuk memohon dan menerima Perjanjian
Pelanggan bagi pihak Pelanggan. Di mana ejen cukai melaksanakan apa-apa tugas bagi pihak
Pelanggan, ejen cukai di sini akan dianggap sebagai “Pelanggan”. Dengan itu, kedua-dua
Pelanggan dan ejen cukai telah bersetuju untuk terikat di bawah terma dan syarat Perjanjian
Pelanggan.
Perjanjian Pelanggan ini akan berkuatkuasa pada tarikh di mana saya menghantar borang
permohonan Sijil kepada DIGICERT. Dengan bersetuju untuk menerima dan menyerah
Perjanjian Pelanggan ini (serta borang permohonan Sijil ini), saya memohon DIGICERT untuk
mengeluarkan suatu Sijil kepada saya. Dengan itu saya telah memahami segala maklumat yang
diberikan oleh DIGICERT kepada saya dan biasa dengan terma-terma seperti yang terkandung
dibawah:
(i) TANDATANGAN DIGITAL & SIJIL DIGITAL
Teknologi berkaitan dengan tandatangan digital and Sijil ada terkandung di laman web
DIGICERT http://www.digicert.com.my
(ii) AKTA TANDATANGAN DIGITAL, 1997 DAN PERATURAN TANDATANGAN DIGITAL
1998
Maklumat berkaitan dengan perundangan tandatangan digital boleh didapati daripada
web DIGICERT http://www.digicert.com.my
(iii) KENYATAAN AMALAN PEMERAKUAN (Certificate Practice Statement)
Perkhidmatan yang dibekalkan oleh DIGICERT adalah berdasarkan KENYATAAN
AMALAN PEMERAKUAN DIGICERT. Saya bersetuju untuk menggunakan Sijil dan apa
jua perkhidmatan Pihak Pemerakuan hanya dengan menurut KENYATAAN AMALAN
PEMERAKUAN yang boleh didapati di laman web DIGICERT
http://www.digicert.com.my/CPS
(iv) HAK MILIK, TANGGUNGJAWAB & LIABILITI DIGICERT
DIGICERT membekalkan jaminan yang terhad, menolak apa-apa jaminan yang lain
termasuk jaminan boleh dagang atau kesesuaian untuk sesuatu kegunaan, liabiliti
terbatas dan menolak semua bentuk liabiliti bagi ganti rugi sampingan, berbangkit dan
ganti rugi punitif seperti yang tertera di dalam KENYATAAN AMALAN PEMERAKUAN .
Semua maklumat yang dibekalkan oleh Pelanggan di dalam pemohonan ini akan
disimpan secara sulit dan tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga kecuali:
(a) dibenarkan untuk digunakan untuk apa-apa tujuan lain mengikut peruntukan
undang-undang bertulis atau
(b) Pengguna memberi kebenaran secara bertulis supaya maklumat tersebut boleh
digunakan untuk apa-apa tujun yang lain.
(v) HAK MILIK, TANGGUNGJAWAB & LIABILITI PENGGUNA
Istilah “Pelanggan” adalah sepertimana yang didefinasikan di bawah Akta Tandatangan
Digital, 1997.
Sehubungan dengan konteks perjanjian ini, “Pelanggan” didefinasikan juga sebagai ejen
cukai, pekerja-pekerjanya, ejen-ejennya, penerima namaannya dan pemegang
serahhaknya yang bertauliah. Dengan itu juga, ejen cukai harus sentiasa bertanggung
jawab ke atas apa-apa perbuatan, peninggalan, abaian dan kesemua tindakan lain yang
dibuat oleh pekerja-pekerjanya, ejen-ejennya, penerima namaannya dan pemegang
serahhaknya yang bertauliah.
Di sini, saya mempamerkan pengetahuan dan penerimaan saya terhadap terma-terma
Perjanjian Pelanggan ini dengan (a) menghantar borang permohonan Sijil ini, atau (b)
menggunakan Sijil tersebut, mana-mana yang berlaku terlebih dahulu.
(vi) KEKUNCI PERSENDIRIAN (“Private Key”)
DIGICERT akan memegang kekunci persendirian sebagai fidusiari Pelanggan dan saya
di sini mengizinkan pemberian kekunci persendirian kepada DIGICERT dan
membenarkan DIGICERT memegang dan menggunakan kekunci pesendirian
sehubungan dengan semua perkara yang berhubungkait dengan Perjanjian Pelanggan
dan juga kepada perkara yang berhubungkait dengan permohonan ini.
Kenyataan Penerimaan
Maklumat berikut akan dimasukkan ke dalam Sijil “DIGISIGN ID BASIC / DIGISIGN ID
ENHANCED” anda:
(i) nombor siri Sijil;
(ii) *nama Pelanggan;
(iii) kekunci awam yang berpadanan dengan kekunci persendirian;
(iv) pengenalan bagi algoritma di mana kekunci awam Pelanggan akan digunakan;
(v) tempoh sah laku Sijil;
(vi) nama DIGICERT;
(vii) pengenalan bagi algoritma yang digunakan untuk menandatangani Sijil; dan
(viii) penyataan yang menunjukkan lokasi KENYATAAN AMALAN PEMERAKUAN DIGICERT,
kaedah dan tatacara untuk mendapatkan KENYATAAN AMALAN PEMERAKUAN
tersebut, rangka dan strukturnya, hal pengarang dan tarikhnya.
Item di atas yang bertanda (*) adalah mengikut maklumat yang anda masukkan di dalam borang
pendaftaran.
Maklumat-maklumat lain yang diperlukan oleh Peraturan Tandatangan Digital, 1998 (Peraturan
38) yang tidak tertera di atas adalah dimasukkan secara rujukan ke dalam KENYATAAN
AMALAN PEMERAKUAN DIGICERT.
Dengan menerima Sijil ini, saya mengakui bahawa:
(i) sebagai Pelanggan, saya berhak memegang kunci persendirian yang sepadan dengan
kekunci awam seperti yang terkandung di dalam Sijil secara sah;
(ii) segala representasi yang dibuat kepada DIGICERT atau Pihak Berkuasa Pendaftaran
(“Registartion Authorities”) yang berkenaan berdasarkan kepada maklumat seperti yang
disenaraikan di dalam Sijil tersebut adalah benar;
(iii) semua representasi material yang dibuat kepada DIGICERT atau Pihak Berkuasa
Pendaftaran yang berkenaan atau yang dibuat di dalam Sijil ini yang tidak disahkan oleh
DIGICERT atau Pihak Berkuasa Pendaftaran yang berkenaan dalam mengeluarkan Sijil
ini adalah benar;
(iv) Sijil Kelas 2 hanya boleh digunakan mengikut terma dan syarat yang dinyatakan di dalam
KENYATAAN AMALAN PEMERAKUAN DIGICERT.
(v) sebagai Pelanggan, saya bersetuju menerima kewajipan yang munasabah untuk
menjaga dan menyelenggara kunci persendirian termasuk menjaga kata jodoh
(“password”) atau apa-apa akses kepada kunci persendirian yang lain dan mencegah
dari mendedahkannya kepada mana-mana orang yang tidak diberikuasa untuk
menggunanya, mengakseskannya atau mendedahkannya;
(vi) sebagai Pelanggan, saya mengakujanji untuk menanggung rugi DIGICERT bagi apa-apa
kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pengeluaran atau penyiaran perakuan
ini yang bergantung kepada:
(a) suatu representasi fakta yang palsu dan material oleh Pelanggan; atau
(b) kegagalan Pelanggan untuk menzahirkan sesuatu fakta material,
jika representasi atau kegagalan untuk menzahirkan itu dibuat sama ada dengan niat
untuk memperdaya DIGICERT atau seseorang yang bergantung pada perakuan itu, atau
dengan kecuaian.
Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysia (LHDNM) tidak akan bertanggungjawab sekiranya
Sijil ini digunakan oleh Pelanggan ke atas aplikasi elektronik selain daripada aplikasi
LHDNM ini.
回复

使用道具 举报


ADVERTISEMENT

发表于 30-4-2012 03:22 PM | 显示全部楼层
回复 41# 晓雪


    一定要click setuju(你的质料也不是假的,不必怕),不然不能进到下个步揍.
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

ADVERTISEMENT


本周最热论坛帖子本周最热论坛帖子

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 6-10-2025 03:31 AM , Processed in 0.153885 second(s), 21 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表