|
查看: 46220|回复: 498
|
UNIMAP玻璃市马来西亚大学交流区
[复制链接]
|
|
|
觉得这家大学怎样?有什么engineering courses?
[ 本帖最后由 bidfordun 于 22-5-2008 04:22 PM 编辑 ] |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 7-6-2007 07:20 PM
|
显示全部楼层
UNIMAP???
没有听过哦 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 9-6-2007 07:36 PM
|
显示全部楼层
|
前身是kukum,在perlis。是本地大学。没人听过吗? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 9-6-2007 08:41 PM
|
显示全部楼层
还真的没有听过 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

楼主 |
发表于 10-6-2007 05:56 AM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 12-6-2007 08:19 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 12:27 AM
|
显示全部楼层
|
我得到unimap computer engineer 了 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 12:52 AM
|
显示全部楼层
我也是得到UNIMAP的microelectronik enginnering....
但是我不会怎么去,有没有人可以教教我或者是有地图。。。 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 07:55 AM
|
显示全部楼层
我也是得到unimap computer engineering.....
方便留下msn吗?可以交流交流。。。 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 09:02 AM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 09:06 AM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 09:57 AM
|
显示全部楼层
我也很担心这个问题也。。。。
从官方网站的照片看来很多友族 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 01:20 PM
|
显示全部楼层
原帖由 傻仔龙87 于 19-6-2007 09:06 AM 发表
到底有多少学生读unimap,华裔生占多少%?
好像是25%。
他们的华裔生互动论坛:http://myunimap.forumer.com/
我得到Electronic Industry engineering。 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 01:29 PM
|
显示全部楼层
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 01:36 PM
|
显示全部楼层
原帖由 bidfordun 于 7-6-2007 09:21 AM 发表
觉得这家大学怎样?有什么engineering courses?
LATARBELAKANG DAN SEJARAH
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) diluluskan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai, 2001 dan mula beroperasi pada Jun, 2002. Ia bertujuan melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustrian Negara. Pembelajaran dilaksanakan secara 'lab-intensive' atau ’practical oriented’ bagi menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan 60% pengajaran dalam bentuk praktikal dan pendedahan industri dan 40% dalam bentuk kuliah formal. Kurikulum yang disediakan telah direka bentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf.
MISI UniMAP
Melahirkan modal insan kamil yang menyumbang kepada pembangunan dan daya saing industri negara.
VISI UniMAP
Institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.
KEDUDUKAN SEKARANG
Kampus tetap UniMAP (Kampus Alam) adalah di Ulu Pauh seluas (1028 ekar) dan di Sg. Chuchuh seluas (300 ekar) dan masih di peringkat pembangunan. Buat masa ini, kampus UniMAP adalah merupakan kampus yang bersifat bertaburan (distributed). UniMAP kini beroperasi di lokasi-lokasi seperti berikut:
Kangar: Jabatan Canselori (Pejabat Rektor, Pejabat Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) dan Pejabat Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi)), Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Perpustakaan, Jabatan Pembangunan, Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Pengurusan Kluster & Penyelidikan, Pusat Kerjasama Industri, Unit Pembangunan Korporat, Unit Kebudayaan, Jabatan Keselamatan, Dewan/Bilik Kuliah serta Makmal.
Kubang Gajah: Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), PALAPES, Dewan Kuliah dan Makmal.
Jejawi : Pusat-pusat Pengajian, Dewan/Bilik Kuliah dan Makmal.
Bintong: Kolej Kediaman
Kuala Perlis: Kolej-Kolej Kediaman, Pusat Kejuruteraan, Bilik Bersih (Clean Room), Kilang Mengajar, Unit Pengajian Diploma, Dewan Kuliah dan Makmal.
Wang Ulu: Kolej Kediaman
MATLAMAT DAN FALSAFAH
Program Sarjana Muda Kejuruteraan di UniMAP mempunyai matlamat untuk menghasilkan graduan kejuruteraan yang berketerampilan dalam pelbagai bidang strategik yang berupaya mencari penyelesaian kepada pelbagai bentuk masalah menerusi pemikiran yang inovatif. Program kejuruteraan yang dijalankan di Universiti ini menitikberatkan kepada pendekatan 'lab-intensive', iaitu dengan memberi lebih penekanan kepada aspek amali. Kursus-kursus yang ditawarkan juga menyatukan teori dengan amali mengikut keperluan industri. Semasa mengikuti program akademik, pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran berkomunikasi, keusahawanan, pengurusan, perakaunan, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah. Pelajar juga diwajibkan mengikuti kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia serta Budaya dan Hubungan Etnik. Ini bertujuan untuk melahirkan jurutera yang bukan sahaja cekap dalam bidang kejuruteraan yang mereka ikuti, tetapi juga berkebolehan untuk berdikari serta mempunyai sikap yang mulia dan terpuji.
SISTEM PENGAJIAN
UniMAP mengamalkan sistem semester iaitu satu Sidang Akademik dibahagikan kepada dua (2) semester yang tiap-tiap satunya mengambil masa 14 minggu pembelajaran. Penilaian akademik pelajar-pelajar adalah dilakukan sepanjang semester dan gred-gred pencapaian dari tahun pertama pengajian sehingga tahun akhir pengajian akan diambil kira untuk menentukan pencapaian keseluruhan pelajar di akhir pengajian.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 01:41 PM
|
显示全部楼层
我是沙巴人。。。
我们可不可以一起去报到????
你们有没有朋友被派到哪儿?
我是一个人去得所以很烦恼。。。
在这论坛里我所看到被派去unimap的应该只 有四个罢了。。。。。
希望我们四个都能见面!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 01:42 PM
|
显示全部楼层
PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DAN PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Universiti Malaysia Perlis menawarkan lima belas (15) Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan melalui lapan (8) buah Pusat Pengajian seperti berikut:
1) Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik
a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mikroelektronik)-RK05
Program ini direka bentuk untuk membekalkan tenaga mahir yang juga cekap dan berkebolehan mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari untuk menyokong pertumbuhan pesat industri mikroelektronik di negara kita. Graduan program ini akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua bidang reka bentuk dan fabrikasi litar terkamir (integrated circuits, ICs), dengan pengkhususan di bidang fabrikasi litar terkamir. Peluang kerjaya para graduan di bidang ini amat meyakinkan.
b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik)-RK86
Program ini telah diperkenalkan untuk menentukan Malaysia terus mampu berdaya saing dalam industri semikonduktor. Para graduan yang dilahirkan akan boleh menyumbang sebagai tenaga mahir tempatan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari dalam bidang-bidang elektronik dan reka bentuk serta fabrikasi litar terkamir (integrated circuits, ICs), dengan pengkhususan dalam mereka bentuk sistem-sistem mikroelektronik. Dengan kelebihan kemahiran secara 'lab-intensive', para graduan akan dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat, sebaik sahaja berkhidmat sama ada di sektor industri mahupun penyelidikan dan pembangunan (R&D).
2) Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan
a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Komputer)-RK20
Program ini telah diperkenalkan untuk membekalkan tenaga pekerja mahir serta cekap dalam mereka bentuk perkakasan dan perisian di mana penumpuan diberikan kepada reka bentuk sistem terbenam dan sistem komputer. Ia selaras dengan pertumbuhan pesat industri perkakasan dan perisian komputer di Malaysia. Dengan berbekalkan kelebihan sistem pengajaran secara 'lab-intensive' perisian-perisian dan perkakasan-perkakasan yang berkaitan dan terkini diperkenalkan di dalam pengajaran. Dengan pengetahuan tersebut para graduan akan mempunyai keyakinan yang tinggi serta dapat menyesuaikan diri dengan cepat sama ada dalam sektor industri atau R&D ke arah merealisasikan wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju.
b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Perhubungan)-RK53
Program ini diperkenalkan untuk menghasilkan graduan profesional yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus dalam bidang kejuruteraan perhubungan yang berkait rapat seperti industri telekomunikasi tanpa kabel, teknologi sistem gelombang mikro, sistem gentian optik, sistem perhubungan satelit dan teknologi antena. Graduan program Sarjana Muda Kejuruteraan Perhubungan berpeluang menceburi industri telekomunikasi negara yang kini pesat membangun. Para lulusan juga mempunyai pilihan kerjaya yang luas dalam sektor pengendalian perkhidmatan telekomunikasi sama ada di sektor industri, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta firma-firma perundingan.
3) Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik
a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Sistem Elektrik)-­ RK23
Program ini tertumpu kepada beberapa bidang utama iaitu sistem kuasa, mesin elektrik dan kejuruteraan voltan tinggi. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan mempelajari keseluruhan operasi di dalam sistem kuasa merangkumi penjanaan, penghantaran, perlindungan dan pengagihan kuasa. Selain itu, kursus ini turut meliputi reka bentuk mesin elektrik dan teknik-teknik kawalan. Pelajar juga akan mempelajari bidang kejuruteraan voltan tinggi bagi mengukuhkan pengetahuan mereka. Secara umumnya bidang kejuruteraan sistem elektrik mempunyai skop yang luas terutamanya di sektor penjanaan kuasa dan pembaharuan tenaga elektrik.
b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik Industri) ­-RK45
Program ini tertumpu kepada proses dan teknik kawalan mesin industri yang menggunakan litar elektronik. Pelajar yang mengambil kursus ini akan mempelajari aplikasi dan kawalan litar-litar elektronik di dalam sistem pengaturan, kawalan motor dan kawalan proses. Secara umumnya, bidang elektronik industri merangkumi skop yang luas terutamanya di dalam penggunaan robot, pemacu halaju berubah, pengawal mesin PLC dan sebagainya.
4) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan
a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Bahan) - RK12
Program ini bertujuan melahirkan jurutera bahan yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan tinggi terutama dalam bidang asas sains bahan, sifat-sifat bahan, pengujian, pemilihan dan pemprosesan bahan iaitu terdiri daripada semikonduktor, superkonduktor, seramik, polimer dan komposit yang amat diperlukan dalam usaha menghasilkan produk dengan kebolehpercayaan yang tinggi di dalam lapangan automotif, penerbangan, aeroangkasa dan elektronik.
Sejajar dengan Pelan Pendidikan 2001-2010, program ini bertujuan menjayakan hasrat negara untuk menghasilkan jurutera bahan yang berupaya menangani cabaran-cabaran globalisasi dan K-ekonomi ke arah mencapai tahap negara maju sepenuhnya.
b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Metalurgi)-­ RK56
Program ini bertujuan untuk menyediakan tenaga mahir bagi memenuhi permintaan yang sangat tinggi terhadap jurutera metalurgi di dalam sektor industri pengekstrakan logam daripada bijih serta pemprosesan logam seperti penggelekan, penyemperitan dan penuangan. Keadaan ini juga disokong oleh pertumbuhan pesat sektor industri besi dan keluli itu sendiri dalam menampung kepesatan pembangunan negara seperti mana respon yang dibuat oleh MISIF (Malaysian Iron Steel Industries Federation). Selain itu, perkembangan kejuruteraan dalam bidang ujian tak musnah turut menuntut keupayaan jurutera metalurgi yang berkemahiran tinggi dalam usaha menghasilkan produk bermutu pada kos yang optimum. bidang komposit berkaitan bahan polimer juga memerlukan sokongan dari jurutera yang berkemahiran tinggi bagi mengaplikasikan pengetahuan dan sumber bagi menyumbang kepada penyelesaian pelbagai permasalahan berkaitan kejuruteraan polimer.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 01:44 PM
|
显示全部楼层
5) Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan
a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan) -­ RK13
Objektif utama program ini adalah untuk melatih pelajar dalam bidang kejuruteraan pembuatan melalui penjanaan dan penyebaran teknik-teknik berinovasi dalam pengajaran dan penyelidikan. Perjalanan kursus telah dirangka ke arah melahirkan jurutera yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari. Pelajar-pelajar dibekalkan dengan kebolehan mereka bentuk, membangun dan melaksanakan sistem bersepadu yang menggabungkan unsur-unsur kemanusiaan, bahan, peralatan, maklumat dan tenaga.
Dengan itu, kemahiran yang diterapkan akan membantu melahirkan jurutera yang berkebolehan menangani sebarang masalah dalam pelbagai industri. Graduan kursus ini juga dilatih supaya bersikap profesional dalam menjalankan tugas dengan mempraktikkan proses pembelajaran berterusan sama ada secara formal atau tidak formal.
Graduan jurusan ini mempunyai pengetahuan berbentuk 'inter-disciplinary', berkebolehan dalam bidang teknikal, pengurusan industri dan teknologi. Graduan ini berpeluang untuk bertugas sebagai jurutera pembuatan dalam pelbagai industri seperti automotif, elektronik, farmasiutikal, tekstil serta industri pemprosesan makanan.
b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Rekabentuk Produk) – RK84
Objektif program ini adalah untuk melahirkan tenaga manusia di peringkat ikhtisas yang mahir serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang kejuruteraan reka bentuk produk. Para graduan juga akan diterapkan dengan budaya ilmu supaya mempunyai personaliti dan keperibadian yang unggul dan mampu berdikari sebagai usahawan profesional.
Terdapat permintaan yang tinggi untuk jurutera reka bentuk produk yang mempunyai ilmu pengetahuan asas dalam bidang teknologi pembuatan, sifat-sifat bahan, reka bentuk, pengujian, pemilihan dan pemprosesan bahan untuk menjadi produk kegunaan pelanggan seperti dalam industri automotif, aeroangkasa, elektronik dan sebagainya.
Prospek pekerjaan dan kerjaya para graduan setelah tamat kursus amatlah memberangsangkan.
6) Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik
a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik)-­ RK24
Program ini bertujuan melahirkan tenaga profesional yang mahir dan mempunyai semangat profesionalisme yang tinggi serta mempunyai pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Justeru itu, struktur kurikulum telah dibentuk dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara ‘lab-intensive’ agar pelajar mempunyai kebolehan untuk mereka bentuk, mengendali dan menyelenggarakan peralatan-peralatan elektrik & elektronik, mekanikal & kawalan, perisian komputer dan teknologi maklumat. Graduan mempunyai prospek pekerjaan yang luas sama ada dalam syarikat-syarikat swasta, industri, jabatan kerajaan atau badan-badan berkanun. Ia merangkumi bidang-bidang seperti bidang kejuruteraan, pengeluaran, penyelidikan, reka bentuk, analisis, pembangunan, pengujian dan lain-lain bidang yang berkaitan.
b. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanikal) – RK08
Objektif program ini adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir di peringkat ikhtisas serta mempunyai semangat profesionalisme dan pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Struktur kurikulum juga dibentuk dengan memberi penekanan secara ‘lab-intensive’ agar para graduan mempunyai kebolehan serta kepakaran dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk serta mampu mengadaptasi perubahan-perubahan sektor pekerjaan yang bakal ditempuhi. Selain daripada itu, para graduan diwajibkan menjalani latihan industri bertujuan melengkapkan mereka dengan pengetahuan teknikal alam kerja sebenar di industri .
Para graduan mempunyai prospek pekerjaan yang meluas di sektor awam dan swasta iaitu industri pembuatan, pengeluaran, institusi pembangunan dan penyelidikan, jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun dan lain-lain. Graduan juga bakal memperolehi kompetensi ilmu asas ‘broad-based knowledge’ yang perlu dimiliki setelah tamat kursus. Graduan juga berpeluang menjadi pereka bentuk dan pembangun segala aspek yang berkaitan mekanikal, thermal, aliran bendalir serta membangun produk-produk kejuruteraan dan produk pintar (smart products) yang mengintegrasikan bidang elektronik, mikropemproses, sistem kawalan dan bidang mekatronik.
c. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan) -­ RK85
Program Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan berperanan untuk menghasilkan jurutera yang berkemampuan tinggi dari sudut teori dan praktikal yang diperlukan oleh pihak industri sama ada dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk, pembuatan, penyelenggaraan, pemasaran dan pengurusan. Struktur kurikulum yang dibentuk menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran ‘lab-intensive’ iaitu hampir keseluruhan subjek teras mempunyai komponen teori dan amali.
Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan merupakan bidang baru yang menggabungkan ilmu kejuruteraan elektrikal, elektronik, mekanikal dan bahan serta ilmu perubatan seperti anatomi, fisiologi, dan radiologi. Hasil dari gabungan-gabungan ilmu tersebut digunakan untuk membangunkan teknologi terkini dalam bidang perubatan.
Bakal graduan kursus ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi sebagai seorang jurutera bioperubatan dengan pengaplikasian kejuruteraan elektronik, pemahaman dari sudut sistem manusia dan biomekanik serta manipulasi bahan yang sesuai untuk tubuh manusia kepada instrumen bioperubatan dan peralatan perubatan yang lain. Selain daripada kursus teras kejuruteraan, pelajar diberikan juga kemahiran sokongan terutamanya di dalam bidang ‘soft skills’ seperti etika, pengurusan, keusahawanan, komunikasi dan IT.
Mereka yang bergraduasi dari program Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan bakal berkhidmat di hospital-hospital kerajaan mahupun swasta, syarikat-syarikat penyelenggaraan dan servis peralatan perubatan, institusi penyelidikan dan pembangunan produk perubatan serta juga kilang-kilang dan syarikat-syarikat berkaitan dengan peralatan elektronik.
7) Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses
a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Bioproses) – RK28
Program ini bertujuan melahirkan tenaga mahir di peringkat profesional serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang kejuruteraan bioproses dan juga bidang berkaitan seperti bioteknologi yang semakin berkembang selaras dengan pelan perindustrian negara dan Dasar Bioteknologi Negara. Untuk itu, graduan yang dilahirkan mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk berdepan dan menyelesaikan masalah kejuruteraan, terutamanya kejuruteraan bioproses. Disamping itu, graduan yang dihasilkan dapat memenuhi aspirasi negara menjadikan bidang bioteknologi sebagai suatu bidang dalam penjanaan sektor ekonomi negara melalui perkembangan bidang teknologi bioproses yang merupakan teras dan pendukung utama dalam proses pengkomersialan hasil penyelidikan bioteknologi.
Struktur kurikulum telah dibentuk dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara ‘lab-intensive’. Lebih kurang 60% dari masa pertemuan merupakan aktiviti praktikal yang merangkumi amali makmal, pembelajaran berbantu komputer, kerja bengkel, latihan industri dan projek yang berlandaskan reka bentuk atau penyelesaian masalah teknologi. Para graduan mempunyai prospek pekerjaan yang luas di mana keperluan terhadap tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan bioproses amat tinggi selaras dengan matlamat kerajaan untuk memajukan bidang bioproses.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 01:45 PM
|
显示全部楼层
8) Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar
a. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Alam Sekitar) – RK07
Objektif program ini adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga manusia di peringkat ikhtisas yang mahir serta mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar. Para graduan juga diterapkan dengan budaya ilmu supaya mempunyai personaliti dan keperibadian yang unggul dan mampu berdikari sebagai usahawan profesional. Kurikulum Kejuruteraan Alam Sekitar boleh dikaitkan dengan kurikulum yang dibina berpandukan falsafah pencegahan penjanaan sisa/sisa minuman dan pendedahan pelajar kepada aspek kejuruteraan sistem sekitaran (termasuk teknologi elektrik/elektronik/mekanikal/komputer instrumentasi/kawalan proses dan informatik sekitaran) serta kurikulum yang holistik dan unik.
Prospek pekerjaan dan kerjaya para graduan setelah tamat kursus amatlah luas kerana mereka dilatih secara multidisiplin yang melibatkan kajian mikrobiologi, kimia, ekologi selain dari prinsip-prinsip kejuruteraan. Antara sektor-sektor yang menawarkan peluang pekerjaan adalah seperti industri-industri berasaskan komoditi, industri petrokimia, industri kimia, industri olahan air, air sisa, sisa pepejal, sisa berbahaya, industri pemprosesan dan pembuatan, institusi-institusi penyelidikan dan pembangunan dan pendidikan, jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, JPS dan JKR, badan-badan berkanun seperti MARDI, PORIM, SEDC, NIOSH dan lain-lain serta NGO sekitar dalam dan luar negara.
PUSAT-PUSAT PEMANTAPAN AKADEMIK
Selain dari pusat-pusat pengajian yang menawarkan program-program ijazah, terdapat beberapa pusat yang ditubuhkan bagi menyokong kepentingan akademik UniMAP iaitu:
1) Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan
Pusat Kemahiran Komunikasi & Keusahawanan (PKKK) adalah sebuah pusat perkhidmatan akademik. Ia tidak menawarkan apa-apa program akademik yang membawa kepada penganugerahan ijazah. Sebaliknya, ia menawarkan kursus-kursus keperluan universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar termasuk ko-kurikulum tanpa mengira program akademik yang diambilnya. Selain itu, PKKK turut menawar kursus teras seperti Matematik Kejuruteraan I, II & III serta Kemahiran Komunikasi & Teknologi Maklumat.
2) Pusat Kerjasama Industri (Center For Industrial Collaboration, CIC)
Pusat Kerjasama Industri berperanan menjalin hubungan dengan pihak industri dari pelbagai aspek, terutama dalam program-program yang berkait terus dengan pembelajaran pelajar. Program seperti Pendedahan Industri (IndEx), Program Syarahan Industri (InTeLect), Latihan Industri (InTra), Ceramah Industri (Industrial Talk), Latihan Staf Akademik (Staff Internship) dan lain-lain lagi diselia dan diselaraskan oleh pusat ini. Selain itu Program Keusahawanan Industri (IndEnt) juga diselaraskan oleh CIC dan ianya merupakan sebahagian daripada Kursus Keusahawanan Kejuruteraan. Sebahagian besar dari program ini wajib diikuti oleh semua pelajar. Maklumat mengenai program-program ini dihebahkan kepada pelajar dari masa ke semasa.
3) Pusat Kejuruteraan
Pusat Kejuruteraan ditubuhkan bagi mengendalikan makmal dan bengkel umum (gunasama) yang diperlukan oleh pelbagai program yang ditawarkan di UniMAP. Oleh kerana program-program kejuruteraan yang dijalankan pada dasarnya menitikberatkan kepada kaedah 'lab-intensive', maka penekanan yang lebih diberikan kepada amalan praktikal secara intensif. Di samping itu, Pusat Kejuruteraan juga menyokong aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di UniMAP. Antara makmal yang terdapat di sini termasuklah Makmal Fabrikasi PCB, Makmal Teknologi Mikropemproses, Makmal Asas Komputer, Makmal CAD/CAM, Bengkel Kejuruteraan Elektrik, Bengkel Kejuruteraan Mekanikal, Makmal Kejuruteraan Pembuatan dan juga Teaching Factory.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web UniMAP di http://www.kukum.edu.my/ atau menghubungi Pejabat Pendaftar (Unit Kemasukan & Rekod Pelajar) seperti di alamat di bawah:
Bahagian Pengurusan Akademik Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 1, Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Jalan Bukit lagi
01000 Kangar, Perlis Tel: 04-979 8701/8702/8706/8008 (Talian Am) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
发表于 19-6-2007 01:58 PM
|
显示全部楼层
原帖由 jasonbong 于 19-6-2007 12:52 AM 发表
我也是得到UNIMAP的microelectronik enginnering....
但是我不会怎么去,有没有人可以教教我或者是有地图。。。
CARA DATANG KE KOLEJ KEDIAMAN UniMAP KAMPUNG WAI, KUALA PERLIS, PERLIS.
Bagi membantu saudara/i dalam proses datang ke Kolej Kediaman UniMAP Kampung Wai,
Kuala Perlis, Perlis untuk pendaftaran, saudara/i boleh meneliti maklumat yang disediakan ini.
i) Perjalanan Dengan Kereta
Sekiranya pelajar menaiki kereta, sila rujuk panduan (peta) seperti di bahagian belakang
Buku Panduan Pendaftaran.
ii) Perjalanan Dengan Bas
Bagi pelajar yang menaiki bas ekspres, anda boleh turun di Stesen Bas Ekspres Kangar
atau Stesen Bas Ekspres Kuala Perlis. Perkhidmatan bas UniMAP akan disediakan
untuk membawa pelajar-pelajar dari Stesen Bas Ekspres Kangar dan Stesyen Bas
Ekspres Kuala Perlis ke Kolej Kediaman UniMAP Kampung Wai, Kuala Perlis, Perlis
seperti jadual di bawah:
Bertolak dari Stesen Bas Ekspres Kangar dan Stesen Bas Ekspres Kuala Perlis ke Kolej
Kediaman UniMAP Kampung Wai, Kuala Perlis, Perlis (perkhidmatan bas UniMAP
disediakan pada hari Ahad, 1 Julai 2007):
1. 8.00 pagi
2. 10.00 pagi
3. 12.00 tengahari
4. 2.00 petang
iii) Perjalanan Dengan Keretapi
Sekiranya pelajar menaiki keretapi, anda harus turun di Stesen Keretapi Arau, Perlis.
Perkhidmatan bas UniMAP untuk membawa pelajar dari Stesen Keretapi Arau, Perlis ke
kampus adalah seperti jadual di bawah:
Bertolak dari Stesen Keretapi Arau, Perlis ke Kolej Kediaman UniMAP Kampung Wai,
Kuala Perlis, Perlis di mana perkhidmatan bas UniMAP disediakan pada hari Ahad, 1
Julai 2007.
1. 9.30 pagi
iv) Perjalanan Dengan Kapal Terbang
Sekiranya pelajar menaiki kapal terbang, perkhidmatan bas UniMAP akan disediakan
untuk membawa pelajar dari Lapangan Terbang Kepala Batas, Kedah ke Kolej Kediaman
UniMAP Kampung Wai, Kuala Perlis, Perlis seperti jadual di bawah:
Bertolak dari Lapangan Terbang Kepala Batas ke Kolej Kediaman UniMAP Kampung
Wai, Kuala Perlis, Perlis (perkhidmatan bas UniMAP disediakan pada hari Sabtu, 30 Jun
2007 dan Ahad, 1 Julai 2007.
1. Sabtu, 30 Jun 2007 - 7.30 pagi, 3.00 petang dan 9.00 malam
2. Ahad, 1 Julai 2007 - 7.30 pagi dan 3.00 petang
Sekiranya pelajar terlepas untuk mendapatkan perkhidmatan bas UniMAP, pelajar boleh
menaiki teksi dari Stesen Bas Ekspres Kangar, Stesen Bas Ekspres Kuala Perlis, Stesen
Keretapi Arau atau Lapangan Terbang Kepala Batas Kedah terus ke Kolej Kediaman
UniMAP Kampung Wai, Kuala Perlis, Perlis dengan kos pengangkutan adalah di bawah
tanggungan pihak pelajar sendiri.
Bagi pelajar yang datang dari destinasi yang jauh dan sampai awal sebelum hari pendaftaran
dan ingin menginap di Hotel, bolehlah menghubungi mana-mana hotel yang terletak di
Kangar, Perlis atau di sekitar Kedah seperti di senarai hotel yang diberikan.
Sebarang pertanyaan mengenai perjalanan ke Kolej Kediaman UniMAP Kampung Wai,
Kuala Perlis, Perlis boleh diajukan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar:
No. Telefon : 04-9798901 /9798479 (En. Nurul Amri / Encik Zulkifli )
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
本周最热论坛帖子
|