佳礼资讯网

 找回密码
 注册

ADVERTISEMENT

查看: 487|回复: 0

Proton 不可能和SUZUKI合作,proton市场站10%

[复制链接]
发表于 25-11-2016 11:42 PM | 显示全部楼层 |阅读模式
Suzuki ‘sukar kerjasama’ dengan Proton selepas ketiadaan Dr MFMT Reporters
|November 25, 2016
Ini kerana pengerusi Suzuki mempunyai hubungan peribadi dengan bekas perdana menteri yang mengasaskan Proton itu.

PETALING JAYA: Pembuat kereta Jepun, Suzuki dikatakan sukar menjadi rakan kongsi kepada Proton Holdings selepas pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihatnya baru-baru ini.
Ia susulan spekulasi yang Suzuki Motor merupakan pilihan utama yang bakal memeterai perjanjian rakan kongsi dengan Proton.
Bagaimanapun, Nikkei Asian Review hari ini memetik seorang jurucakap Suzuki sebagai berkata ia tidak mungkin berlaku.
“Suzuki memutuskan menjadi rakan kongsi kerana pengerusinya, Osamu Suzuki, mempunyai hubungan peribadi dengan pengasas Proton, Mahathir Mohamad,” Nikkei memetik sumber sebagai berkata. Osamu bagaimanapun enggan mengulas.

Akhir Mac lalu, Dr Mahathir yang melancarkan Proton pada 1985 meletak jawatan sebagai pengerusi Proton Holdings, selepas bekas perdana menteri itu keluar daripada Umno di sebalik kelantangannya menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir sebelum itu turut dipecat sebagai penasihat Petronas.

Jun lalu, kerajaan menyuntik dana RM1.25 bilion kepada Proton, dengan syarat ia akan mendapatkan rakan kongsi dalam tempoh setahun.

Tewas pada Thailand, Indonesia

Sementara itu, pemerhati dipetik Nikkei berpendapat faktor hubungan politik dan persaingan dengan negara jiran akan menyukarkan Proton pulih walaupun ia menerima rakan kongsi baru.

Sanshiro Fukao dari Institut Kajian Hamagin berpusat di Jepun berkata kejatuhan jualan kenderaan mendorong pembuat kereta kini berusaha menawarkan harga lebih murah, sesuatu yang menurutnya tidak berupaya dilakukan Proton.

Selain tewas kepada Thailand dan Indonesia dalam berperanan sebagai hab eksport dan kekurangan pembekal teknologi canggih, Malaysia juga terpaksa membayar gaji yang tinggi dalam industri tersebut, kata Fukao, memberi contoh gaji jurutera 10% lebih tinggi berbanding Thailand.

Pemerhati juga berkata kaitan Proton dengan politik turut menyumbang kepada masalah yang dialami kereta nasional yang dilancarkan pada 1985 itu, menurut Nikkei.

Walaupun dengan tenaga kerja 10,000 orang, 2 kilang Proton hanya beroperasi pada kapasiti 30%, katanya.

Sebarang pengurangan pekerja disebabkan rakan kongsi baharu Proton tidak mungkin mendapat kelulusan kerajaan, tambahnya.

Nikkei berkata walaupun Proton melancarkan 4 model baharu sejak Jun tahun ini, jualan keretanya jatuh 40% sehingga Oktober.

Proton yang pernah menguasai lebih 50% pasaran kenderaan di Malaysia pada 2001, kini hanya memegang 10%.


proton的本地市场只是10%


可怜。。。。。但是希望快点倒台。。。




回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

 

所属分类: 爱车专区


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


版权所有 © 1996-2023 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|IPSERVERONE 提供云主机|广告刊登|关于我们|私隐权|免控|投诉|联络|脸书|佳礼资讯网

GMT+8, 20-11-2025 11:49 AM , Processed in 0.094873 second(s), 23 queries , Gzip On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

快速回复 返回顶部 返回列表