|
有谁有兴趣去?
MAHA.NS 2012
Dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Sembilan akanmenganjurkan MAHA.NS 2012 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan sertaSambutan Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) pada 25 Jun hingga 1Julai 2012 bertempat di bekas tapak Kem Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
Sehubungan itu Unit Perancang Ekonomi Negeri akan menyewakansebanyak 36 ruang niaga untuk usahawan PKS Negeri Sembilan (Bumiputera) didalam khemah khas.
Berikut butiran penyewaan seperti di bawah.
Ukuran ruang niaga : 3 meter x 3 meter
Harga sewaan : RM1,200.00
Bilangan hari : 7 hari
Bagi usahawan PKS N.Sembilan yang berminat untuk menyertaipameran ini, sila datang dengan membawa wang tunai sebanyak RM1,200.00 ke UnitPerancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Tingkat 5 , Blok D,Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila berhubung denganEn Mohd Zulazly atau Puan Suzana di talian 06-7659969.
Penyertaan adalah terhad, sekiranya terdapat lebihanpermintaan. Usahawan yang lewat mendaftar akan di tempat ke dalam ruang niagayang lain sekiranya masih mempunyai kekosongan.
* Penempatan usahawan PKS ke dalam khemah khas akan dinilaioleh pegawai usahawan UPEN.NS terlebih dahulu bagi memastikan usahawan PKSN.Sembilan yang bersesuaian (sekurang-kurangnya mempunyai bengkel pengeluaran,pejabat urusan, atau kilang kecil). |
|