Menghitung pencen mengikut formula berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun.
Formula pengiraan pencen berasaskan tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun merangkumi juga mereka yang telah bersara sebelum 1 Julai 2008 dan kadar baru hanya akan dibayar pada 1 Januari 2009 tanpa tunggakan.
Dasar baru ini tidak memberi kesan kepada mereka yang mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tiga ratus (300) bulan atau kurang.
Contoh 1 : Pegawai mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira selama 365 bulan dengan gaji akhir sebanyak RM2000.00
(*) Pegawai yang mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira selama 300 bulan atau lebih akan menerima tambahan 20% daripada pencen yang dihitung mengikut dasar lama.
Contoh 2 : Pegawai mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira selama 322 bulan dan gaji akhir yang diterima ialah RM2000.00