本帖最后由 福福 于 25-10-2010 11:23 PM 编辑
KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN LELAKI TERBUKA PORT DICKSON 2010
1.Nama Pertandingan : Pertandinganini dinamakan " KejohananPing Pong Berpasukan Lelaki Terbuka PD 2010"
2.Anjuran : Kejohananini di anjurkan oleh KELABSUKAN DAN KEBAJIKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PORT DICKSON, (KELAB D’PERDANA )
3.Tarikh Pertandingan dan Pengundian: Pertandingan ini akan diadakan pada 20-21 November 2010. Waktu Pertandingan 9:00 pagi (20 November 2010). Tarikh Tutup Permohonan pada 14 November 2010. Tarikh mengundi 10:00 pagi (14 November 2010) (Tingkat I, Kompleks Pejabat Daerah Port Dickson))
4.Tempat Pertandingan DewanMPPD Telok Kemang, Batu 8, Port Dickson. ( Berdepan Hotel Ancasa )
5.Undang-undang Pertandinganini akan dijalankan mengikut undang-undang pertandingan yangditetapkan oleh Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (lTTF) danPersatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) yang terkini.
6.Syarat Penyertaan i. Yuran Penyertaan RM50.00 bagisatu pasukan. Setiap pasukan hanya dibenarkan menurunkan seorang sahaja pemain negeri dibenarkan dalam satu pasukan. Status pemain ini mesti dinyatakan dalam Borang Penyertaan. Setiap pasukan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain bukan Cina dan pemain ini diwajibkanbermain didalam mana-mana set.
iv. Wakil Negara masa kini tidakdibenarkan menyertai kejohanan ini kecuali berumur 45 tahun keatas. v. Setiap pasukan hendaklahmendaftarkan 3 - 4 orang pemain dalam satu pasukan. vi Setiap pemain hanya dibenarkanbermain untuk sekali sahaja didalam setiap perlawanan. 7.Acara-acara Acarayang dipertandingkan ialah acara berpasukan lelaki. Format perlawananialah 2 perseorangan dan satu bergu mengikut turutan berikut : Set1 Perseorangan pertama Set2 Bergu Set3 Perseorangan kedua
8.Sistem Pertandingan i. Pasukan-pasukan akandibahagikan kepada beberapa kumpulan berasaskan kepada bilangan pasukan yang mengambilbahagian. ii. Pertandingan akan dijalankansecara liga diperingkat awal dan kalah mati diperingkat seterusnya. iii. Dua (2) pasukan setiapkumpulan yang mempunyai mata terbanyak akan masuk keperingkat seterusnya. iv. Kiraan 11 mata (Best of 5sets)
9.Menarik Diri i. Sebarang pasukan yang menarikdiri selepas pendaftaran ditutup tidak akan dilayan dan YuranPenyertaan tidak akan dikembalikan. ii. Pasukan atau pemain yang lewat 10 minit dari masa yang telah dijadualkan bermain dan pihaklawan membuat bantahan lewat terhadap pihak lawan maka pasukan yanglewat akan dianggap sebagai telah menarik diri dan kemenangan akandiberikan kepada pihak lawan atau yang membuat bantahan.
10.Pengadil & Hakim Pihakpenganjur akan menyediakan pengadil bagi peringkat kedua danseterusnya.
11.Bantahan i. Bantahan hendaklah dibuatsecara bertulis 15 minit selepas perlawanan dengan disertakan wang tunai sebanyakRM200.00 sebagai wang pertaruhan. ii. Pihak penganjur hanya akanmengembalikan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 sekiranya bantahan diterima. Wangpertaruhan akan luput sekiranya bantahan yang dikemukakan didapatitidak wajar atau benar.
12.Jawatankuasa Bantahan.
i. J awatankuasa Teknikal danPertandingan Ping Pong akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantahan yangberkuasa untuk menerima, mendengar dan membuat keputusan berkaitan bantahan.
13.Am Pihakpenganjur boleh membuat sebarang pindaan, menambah atau memotongmana-mana peraturan sekiranyaia boleh membantu kepada kelancaran pertandingan.
14.Hadiah
Hadiah-hadiahyang disediakan adalah seperti berikut :-
Johan RM800.00 N/Johan RM600.00 Tempat Ke 3-4 RM300.00 Tempat Ke 5 – 8 RM150.00
15.Pengesahan Penyertaan dan Bayaran Yuran Pertandingan 15.1 Pengesahanpenyertaan boleh dibuat secara SMS kepada talian 0169659101 dengan menyatakan nama pasukan serta para pemain. 15.2 Yuranpertandingan hendaklah dibayar sebelum pertandingan bermula dan bolehdibuat melalui tunai atau melalui kiriman wang ke no akaun0508-0010222-05-8 CIMB Bank Port Dickson diatas nama KELABSUKAN DAN KEBAJIKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH PORT DICKSON.Setiap pasukan adalah diminta menjelaskan bayaran sebelum haripengundian bagi memudahkan urusetia membuat undian pasukan-pasukan.
Sebarangpertanyaan boleh menghubungi urusetia: |