|

楼主 |
发表于 11-9-2008 09:12 PM
|
显示全部楼层
http://www.malaysiakini.com/news/89492
29 pemimpin BN di NS sertai PKR | Muda Mohd Noor | Sep 11, 08 3:51pm | Seramai 29 pemimpin cawangan dan bahagian parti komponen BarisanNasional (BN) termasuk seorang timbalan ketua bahagian Parti ProgresifPenduduk (PPP), telah menyertai PKR Negeri Sembilan hari ini.
Seramai19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di ParlimenTeluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP TelukKemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKRNegeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis diSeremban pagi tadi.
Turut menyertai PKR hari ini ialah tujuhpemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK) MCA bahagian Seremban,Teluk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah.
Selain mereka, tiga AJK cawangan Pemuda Umno di Rembau dan Kuala Pilah, turut berbuat demikian.
SetiausahaPKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin berkata, parti itumengalu-alukan kemasukan mereka bagi menguatkan kedudukan parti itu dinegeri tersebut.
"Kita mengamalkan sikap tangan terbuka dan menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyertai PKR.
"Kemasukan Karupusammy penting kerana kekuatan PPP Negeri Sembilan ialah di bahagian Teluk Kemang.
"Berikutanitu, kita menjangka sebahagian besar daripada 2,000 ahli PPP TelukKemang, akan menyertai PKR tidak lama lagi," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan pengakuan pemimpin berkenaan, lebih ramai ahli ketiga-tiga parti komponen BN itu akan menyertai PKR.
Sabaruddin berkata, kemasukan ahli Umno melalui bahagian PKR di Negeri Sembilan amat menggalakkan.
"Jumlahnya ramai sehingga membimbangkan pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan," katanya. | |
|
|